Saturday 17 August 2013

#2 Tok Ayah Kar

"Pesan dekat anak cucu, jangan tinggal sembahyang, jangan tinggal sembahyang..jangan tinggal sembahyang.."

Antara kata-kata terakhir moyang saya; Tok Ayoh Kar. Ayah kepada nenek sebelah ibu saya. Saya tidak pernah bertemu dengannya, namun dia tetap hidup dalam cerita-cerita nenek saya dan ibu saya. Menurut cerita, orangnya lemah lembut dan tidak pernah berkasar. Tapi cukup tegas dalam menjaga setiap solat anak buah. Dengar cerita, boleh runtuh rumah kalau mengejutkan orang sembahyang subuh. Ibu saya yang yatim sejak kecil amat sayang kepadanya kerana dia suka melebihkan ibu saya berbanding kanak-kanak lain. Kalau makan, ajak duduk makan sebelah. Besarlah nikmat orang yang rajin mengusap kepala anak-anak yatim kerana anak itu ingat dan mengulang-ulang cerita sampai tua. 

No comments:

Post a Comment