Tuesday 20 August 2013

#3 Strategi DIY memansuhkan PTPTN

1. Bayar PTPTN sedia ada. Strategi membayar hutang rujuk sini.
2. Bina simpanan kewangan yang kukuh. Ilmu pengurusan kewangan peribadi sangat penting disini.
3. Kempen adik kakak, kawan kawan, saudara mara JANGAN AMBIL PTPTN kalau boleh. Alang-alang berusaha sedaya upaya dapatkan biasiswa. Tak dapat bisiswa ada banyak pinjaman lain tanpa riba ( JPA, pinjaman negeri, zakat ). Buat part time kerja sambilan. InsyaAllah tak ganggu pelajaran pun kalau rajin. Yang penting elakkan PTPTN sebab riba.
4. Buat simpanan tabung pendidikan anak-anak. Jangan kedekut. Membiayai pendidikan anak-anak besar pahalanya. Malah patut didahulukan. Ada banyak kes mak bapak yang mampu tanggung tapi masih suruh anak-anak cari pinjaman pendidikan dengan alasan simpanan sedia ada mahu digunakan untuk hari tua.
5. Lama-kelamaan makin kurang orang bergantung kepada PTPTN dan seterusnya terpaksa di mansuhkan.

No comments:

Post a Comment