Wednesday 4 September 2013

#5 -When Muslims Work Together

Selepas mendengar kuliah Nouman Ali Khan tajuk "When Muslims Work Together" di bayyinah.com.

Kesimpulan :
- akan ada banyak pecahan pecahan persatuan untuk menggerakkan satu ideologi masing-masing. Tidak semestinya bersatu bawah satu persatuan sahaja.

- setiap persatuan mestilah tidak memperlekehkan usaha persatuan yang lain.

- setiap persatuan mesti bantu membantu dan acknowledge usaha persatuan lain.

Sebenarnya terfikir kita masih perlu banyak komunikasi dialog dengan cara yang teratur ( coursera.com ada menawarkan kursus percuma : how to think ad argue ).

Disebabkan kegagalan kita berkomunikasi, banyak perkara hal rakyat yang tidak dapat diuruskan dengan baik. Contoh semasa : harga minyak.

Bila harga minyak naik, perkara pertama yang kita buat ialah pilih kem dulu. Awal-awal lagi kita dah set kem sebab nak standby gaduh dengan kem lawan.

Perkara pertama yang kita cari ialah apa reaksi pihak lawan seolah-olah pertandingan.

Susah nak cari penyokong kerajaan yang tidak setuju kenaikan harga minyak atau pembangkang yang tak kisah haega minyak naik.

Sebab kita dah pilih kem awal awal, kita main setuju sajalah dengan apa yang kerajaan buat dan anggap orang lain tak betul. Sebab kita dah pilih kem awal-awal kita main bangkang sajalah apa yang kerajaan buat.

Akhirnya tiada penyelesaian pun.

Dulu saya pun macam ini juga. Sekarang saya sedang belajar untuk tidak memilih sebarang kem, tidak memandang buruk dan cepat bersangka buruk, tidak menyerang peribadi, menjauhi sarcasm. Menjauhi perbualan-perbualan yang ada disebut 'macai' di dalamnya. Ini adalah perjalanan yang paling payah. Semoga Allah bantu kita semua.

No comments:

Post a Comment